Khamis, 24 Mac 2011

Effective Microb (EM)?
Effective Microbe atau lebih dikenali dengan singkatan EM merupakan "bakteria baik" hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen / bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran.

EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal. Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.

Tiga genera mikrob tersebut (LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.

Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida (lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tak bermanafaat.

Sifat EM
Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.

Kesesuaian Penggunaan EM
Ianya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebgainya.


Sejarah Penemuan EM
EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.


Mikrob-mikrob terpenting di dalam EM dan fungsinya :

Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria)
Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.

Yis / Ragi (Yeast)
Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.

Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)
Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.


Pertanian yang ideal mestilah merangkumi :-

  • Boleh mengeluarkan makanan yang bersih dan berkhasiat untuk kesejahteraan manusia
  • Ekonomi dan memberi manafaat kepada petani dan pengguna
  • Lestari dan senang dipraktikkan
  • Aktinomisit dan kulat berfementasi
  • Digunakan sebagai inokulum untuk meningkatkan kepelbagaian haya dalam tanah
  • Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah


Kebaikan EM Dalam Pertanian
  • EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
  • Menggalakkan pembungaan dan pembuahan
  • Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.
  • Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
  • Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
  • Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
  • Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • Konsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman
  • Kesan sinergi daripda organisma yang hadir

Kebaikan EM Dalam Penternakan
  • Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
  • Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
  • Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
  • Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
  • Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
  • Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Kebaikan EM Dalam Tasik, Kolam, Air Pancuran dan Akuarium
Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.

Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.

Kadar dos adalah 1:10000, iaitu satu bahagian EM(probac) bagi setiap 10000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari/minggu untuk EM(probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi bahan organik(sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang.Proses Bioremediation semulajadi terjadi dan hanya biarkan EM bekerja.

EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.


Skop Pengunaan EM
  • Semburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.
  • Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
  • Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
  • Masukkan EM dalam kolam ternakan.


Kandungan EM Tulen
N - 0.5%
P - 0.3%
K - 2.2%
Ca - 2.0%
Mg - 0.4%
Fe - 0.03%
Cu - 0.5%
B - 0.2%

Penyedian EM-FPE (Fermented Plant Extract) Sebagai Kawalan Serangga
EM-FPE mengandungi berbagai jenis asid organik, bahan-bahan bioaktif dan mineral. Untuk merealisasikan perkara ini, kita boleh menggunakan berbagai herba aromatik yang terdapat dipersekitaran kita.

Tiada kadar yang tepat dari berat tisu yang akan digunakan. Bahan-bahan seperti daun kesom, neem, limau purut, serai wangi, bawang putih, cili padi dan banyak lagi boleh diuji untuk tujuan ini.

Ia akan dapat mengawal dan merenjatkan pembiakan serangga seperti trip, aphid, hamama, pelombong daun, pianggang, kepinding hijau, ulat ratus, kabuh lenting dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan untuk membuat EM-FPE
  • EM Tulen - 200ml
  • Molasses - 200ml
  • Daun Neem - 200g
  • Bawang Putih - 200g
  • Cili Padi - 200g
  • Air Sungai - 4 liter
Boleh juga menggunakan apa-apa sumber air bersih yang lain asalkan ianya bebas daripada klorin.

Kaedah Penyediaan EM-FPE (Kawalan Serangga)
  1. Hancurkan semua bahan-bahan ekstrak seperti daun neem, bawang putih, cili padi dan air Sungai dengan mengunakan alat pengisar.
  2. Campurkan EM Tulen, molasses dan baki air sungai tadi.
  3. Perapkan kesemua campuran ini selama 1 minggu.
  4. Kemudian hendaklah ditapis dan simpan di dalam botol yang bersih.

Nisbah Sukatan (Kawalan Serangga)
EM-FPE = 50ml - 70ml
Air = 18 liter


Kaedah Penyediaan Pencairan EM Tulen untuk Pertanian
Induk (EM Tulen) perlu diaktifkan terlebih dahulu dengan cara mencairkannya dengan kaedah pemberian cecair dan makanan kepada EM Tulen tersebut pada kadar 5%.
  • EM Tulen = 5ml
  • Molasses (Gula Merah) = 5ml
  • Air (Bebas Klorin) = 1 liter
  1. Campurkan bahan-bahan di atas di dalam satu bekas.
  2. Kacau sehingga sebati
  3. Perapkan selama 3 hingga 5 hari
  4. Apabila kulat putih telah terbentuk dibahagian atas permukaan campuran diatas, menunjukkan EM tersebut telah aktif dan sedia digunakan.
  5. Kemudian siram ke atas tanah atau lakukan semburan kepada keseluruhan bahagian tanaman seperti daun, batang, bunga, buah termasuk juga di dalam polibag dan kawasan persekitaran kebun.


Kaedah dan Masa Semburan
  • Lakukan semburan seminggu sekali pada awal pagi dan lewat petang.
  • Elakkan semburan pada waktu tengahari atau pada masa pancaran matahari yang terik.

Rabu, 16 Mac 2011

Ati-ati

Nama Tempatan:Ati-ati
Nama Saintifik:Coleus Blumei
Nama Lain:Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Famili:Labiatae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:

pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

kegunaan:

daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Coleus Blumei
Other Name:Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Family:Labiatae





bunga ros jepun


Nama Tempatan:bunga ros jepun
Nama Saintifik:Portulaca Grandiflora
Nama Lain:bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili:Portulaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan
Asal:tumbuhan tempatan

keterangan:

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

kegunaan:

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Portulaca Grandiflora
Other Name:bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Family:Portulaceae
Location:
origin:tumbuhan tempatan

Isnin, 14 Mac 2011

Penggalak Bunga Cili

Flower Plus

Pokok cili yang berbunga lebat. Sejuk mata memandang. Setelah sekian lama membanting tulang, akhirnya terbalas juga segala usaha. Pokok yang diusahakan selama ini, sudah mula menjanjikan hasilnya. Bibir tersenyum kepuasan.


Setelah beberapa hari menunggu, kelopak bunga diharap menjadi putik buah. Tetapi apa yang berlaku, tangkai kekuningan dan ia mula gugur ke bumi satu per satu. Hati yang gembira bertukar gundah, apakah yang telah terjadi? Apa yang bermain di minda? Tak cukup baja? Terlebih baja? Serangan kulat? Serangga? Bingung?


Biasanya pokok cili yang pertama kali berbunga akan mengalami keguguran. Banyak putik kelihatan bertabur di tanah. Perkara ini biasa terjadi kerana bunga tersebut adalah bunga jantan. Mungkin ada yang tidak perasan, bunga cili terdapat jantan dan betina. Bunga jantan akan gugur, manakala bunga betina akan menghasilkan buah. Bunga jantan adalah bunga yang tidak mengalami proses pendebungaan.


Peringkat awal pembungaan biasanya bunga jantan banyak dihasilkan berbanding bunga betina. Untuk meningkatkan penghasilan bunga betina, zat penggalak bunga diperlukan. Penggunaan zat penggalak bunga akan menyebabkan pembungaan yang banyak serta meningkatkan hasil pengeluaran.


Flower Plus adalah merupakan sejenis zat penggalak bunga. Ia boleh digunakan bersama racun serangga dan kulat semasa penyemburan. Ia sangat sesuai untuk tanaman seperti padi, cili, terung, tomato dan sayuran serta tanaman buah-buahan yang berbunga.


Cara penggunaannya :

Sembur setiap 25 hari selepas 15 hari dari tarikh semaian / pemindahan.


Campuran :
2ml Flower Plus dicampur dengan 1000ml air bersih.


Waktu Semburan :

Sembur pada pokok di awal pagi atau lewat petang. Jangan sembur di waktu tengahari atau panas.



 

Makronutrien (Elemen Utama)

Peranan nutrien dalam tumbuh-tumbuhan.

NITROGEN
- Komponen utama bagi protein, hormon, klorofil, vitamin dan enzim yang perlu untuk kehidupan tumbuh-tumbuhan.
- Membantu pertumbuhan pokok dengan cepat, menambah penghasilan biji dan buah serta memperbaiki mutu daun dan tanaman untuk makanan ternakan.

FOSFORUS
- Perlu untuk penuasan benih, fotosintesis, pembentukan protein dan hampir segala aspek pertumbuhan pokok dan metabolisme.
- Membantu penyimpanan dan penukaran tenaga, pematangan tumbuh-tumbuhan yang sekata dan keseimbangan terhadap tekanan.

KALIUM
- Membantu dalam pembentukan protein, fotosintesis dan penghasilan sel.
- Membantu keseimbangan air, memperbaiki mutu buah dan pengurangan penyakit.

MAGNESIUM
- Sebahagian daripada klorofil dan perlu untuk fotosintesis.
- Menggiatkan banyak enzim tumbuh-tumbuhan yang diperlukan untuk pertumbuhan.

Mikronutrien (Elemen Sekunder)

Peranan nutrien dalam tumbuh-tumbuhan.

BESI
- Perlu untuk pembentukan klorofil dan menambahkan fungsi enzim.

MANGANESE
- Berfungsi bersama dengan sistem enzim terlibat dalam perpecahan karbohidrat dan metabolosme nitrogen.

TEMBAGA
- Penting ntuk pertumbuhan pembiakan.
- Komponen kepada beberapa jenis enzim.

ZINK
- Perlu untuk penukaran karbohidrat.
- Sebahagian daripada sistem enzim yang menyelaraskan pertumbuhan pokok.

BORON
- Perlu untuk pembentukan dinding sel, penyerapan kalsium, pembungaan, debunga, penuasan, pembuahan, penghasilan sel dan pergerakan hormon.

MOLIBDENUM
- Satu komponen struktur enzim yang mengurangkan nitrat kepada ammonia.

NPK - 3 Batu Asas dalam tumbesaran tanaman anda

NITROGEN (N)
- Untuk pembentukan protein, klorofil dan enzim bagi semua sel tanaman.
- Untuk proses metabolic dalam penjanaan dan peredaran tenaga. Tanaman tidak boleh tidup tanpa N.
- N adalah sebahagian daripada klorofil. Pigmen hijau tanaman inilah yang memberi warna kepada daun dan batang dan bertanggung jawab untuk fotosintesis.
- Menggalak pertumbuhan, meningkatkan pengeluaran benih dan buah serta memperbaiki kualiti daun dan tanaman untuk makanan ternakan.

PHOSPHORUS (P)
- Berperanan penting dalam fotosintesis.
- Terlibat dalam pembentukan minyak, kanji, gula dll. Sangat penting bagi pertumbuhan dan pematangan tanaman.
- Meningkatkan kerintangan tanaman terhadap pelbagai penyakit serta daya tahan terhadap tekanan pertumbuhan.
- Berperanan dalam pembentukan buah, bunga dan biji benih. Ia menggalakkan pembungaan, pertumbuhan akar dan kemasakan tanaman.

POTASSIUM (K)
- Diperlukan dalam kuantiti yang tinggi berbanding semua unsur galian lain kecuali nitrogen dan pada kes-kes tertentu, kalsium.
- Membantu proses pembentukan gula, protein dan enzim untuk pertumbuhan tanaman.
- Mengawal penggunaan air dan pembentukan akar yang kuat.
- Meningkatkan kualiti buah.
- Meningkatkan kerintangan tanaman terhadap pelbagai penyakit, keadaan kering dan mencegah penyerapan akar.

Tips Semburan Racun Serangga dan Kulat

Waktu paling sesuai untuk semburan racun serangga dan kulat adalah pada waktu yang redup dan tidak panas. Jadi, kebiasaannya petani akan menyembur pada waktu awal pagi atau lewat petang.

Pernahkah anda terfikir untuk menyemburnya pada waktu malam? Saya telah lakukannya.

Antara sebabnya;
1) Waktu jam 8.00 - 10.00 malam cuaca sudah sejuk. Jadi pokok tidak terkejut dengan semburan sebab racun nie bahan kimia, jadi ia panas.
2) Kebiasaannya serangga aktif pada waktu malam. Semasa sembur boleh lihat serangga berterbangan.
3) Sejuk. Jadi petani tak la kepanasan dan berpeluh2.

Jadi, selamat mencuba!!!

CILI KERINTING

Masalah Cili Kerinting Menghantui....

Bagi pengusaha cili, sama ada cili padi ataupun cili besar biasanya tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah pokok cili yang kerinting. Serangan cili kerinting ini berlaku pada bahagian pucuk daun dan kemudiannya ia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan mula merekot. Seterusnya, tumbesaran pokok cili mula terbantut, serta bunga dan buah mula berkurangan. Setelah beberapa lama mengkaji dan mencari maklumat, terdapat beberapa penyebab yang menjadikan pokok cili menjadi kerinting.

1.BENA PUTIH
: Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.
Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.


Kutu Terip







Hamama





2. HAMAMA & KUTU TERIP : Hamama ini juga antara penyebab kerinting. Selain itu, pokok juga akan mengalami kerekot, kerinting, mengecil dan pokok akan terbantut. Daun yang merekot ke bawah akan bertukar warna menjadi perak dan luruh. Waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas.
Hamama ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti MITEC.
3. KERINTING BERBATIK : Masalah ini bukan disebabkan serangan serangga tetapi disebabkan zat yang tidak mencukupi bagi tumbuhan. Masalahh ini biasanya berlaku ketika pokok mula menghasilkan bunga dan berbuah. Ketika ini pucuk daun baru mula kelihatan merekot dan berkerinting. Seterusnya jika dibiarkan daun pokok akan terus mengecut dan kelihatan berbatik-batik. Jika tidak dirawat dengan segera, tumbesaran pokok akan terbantut dan yang lebih malang lagi pokok mungkin tidak dapat disembuhkan dan terpaksa dibuang.
Masalah kerinting ini boleh dirawat dengan menggunakan sejenis cecair foliar yang direka khusus untuk mengatasi masalah ini yang dinamakan Formula C. Cara tindakan formula ini ialah ia akan menyebabkan daun yang berkerot dan kerinting akan terbuka semula. Seterusnya, daun tersebut akan kembali normal. Walau bagaimanapun, daun tersebut tetap akan berwarna berbatik meskipun ia telah terbuka normal. Walaupun begitu, pucuk daun seterusnya tidak akan mengalami masalah ini dan ia akan normal seperti biasa.


 

CILI F-1


Teknik Penyemaian Biji Benih


Terdapat pelbagai teknik penyemaian biji benih cili. Semua teknik penyemaian tersebut adalah betul dan boleh diguna pakai. Walau bagaimanapun, teknik yang ingin dikongsi disini adalah teknik penyemaian yang digunakan berdasarkan kepada pengalaman penyemaian.

Pemilihan biji benih.
  1. Biji benih seharusnya dipilih daripada biji yang berkualiti. Ini kerana biji benih menyumbang 75% - 80% kejayaan sesuatu projek tanaman. Biji benih yang disyorkan adalah biji benih yang dikeluarkan oleh pihak yang bertauliah.
  2. Anda sesekali tidak digalakkan membuat sendiri biji benih daripada buah cili yang dipetik dari pokok ataupun buah cili yang dibeli di pasar. Dikhuatiri buah tersebut berasal daripada pokok yang berpenyakit.
Medium Penyemaian.
  1. Medium penyemaian sangat penting bagi pertumbuhan pokok. Penggunaan peat moss sangat digalakkan untuk dijadikan medium penyemaian. Ini kerana peat moss telah disebatikan dengan baja yang menjadikannya medium yang paling ideal untuk biji benih bercambah.
  2. Jika sukar mendapatkan peat moss, penggunaan coco peat juga boleh. Tetapi, coco peat tersebut hendaklah dibasahkan dengan larutan baja AB berkepekatan 1.0 ec selama kira-kira seminggu. Kemudian, barulah boleh digunakan sebagai medium penyemaian. Tetapi kaedah ini kurang digalakkan.
Teknik Penyemaian.
  1. Rendamkan biji benih ke dalam larutan Atonik berkepekatan 1.0 selama 2 jam.
  2. Masukkan peat moss ke dalam besin plastik. Semburkan dengan air supaya lembap.
  3. Kemudian masukkan benih yang telah direndam tadi ke dalam besin plastik. Semburkan sedikit air.
  4. Tutupkan besin plastik tersebut dengan plastik hitam sepenuhnya dan letakkan di tempat yang redup.
  5. Biarkan selama 3 hari dan dalam tempoh itu semburkan sedikit air untuk mengekalkan kelembapan.
  6. Kebiasaannya, benih akan mula bercambah dalam tempoh 3 hari.
  7. Benih yang sudah bercambah dipilih dan dipindahkan ke dalam tray yang berisi peat moss. Satu lubang tray untuk satu biji benih.
  8. Pastikan medium peat moss sentiasa dalam keadaan lembap.
  9. Setelah anak pokok mengeluarkan 2 daun, ia bolehlah disembur dengan larutan air baja AB berkepekatan 0.5 ec sekali dan sembur dengan air biasa 2 kali dalam masa sehari.
  10. Pada peringkat awal anak pokok hendaklah dijemur diwaktu pagi antara jam 7.00 - 9.00 pagi setiap hari bagi tujuan pengerasan batang.
  11. Secara berperingkat, tambahkan waktu jemuran anak pokok sehingga anak pokok berumur kira-kira 25 - 30 hari. JANGAN sesekali menjemur anak pokok di bawah matahari terik kerana ia akan menyebabkan pokok layu dan mati.
  12. Setelah itu anak pokok telah bersedia untuk dipindahkan ke dalam polybag.
Belajar dari pengalaman

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa biji benih disemai di dalam besin dahulu, kemudian baru dipindahkan ke dalam tray. Ada sebabnya.
  1. Untuk memastikan benih yang betul-betul aktif sahaja dipilih.
  2. Untuk memastikan anak pokok yang dihasilkan mempunyai ketinggian dan tumbesaran yang seragam.
  3. Mengelakkan melakukan kerja penyulaman anak benih di dalam tray.
  4. Memaksimumkan penggunaan lubang tray dengan anak pokok yang sihat. Tiada anak pokok yang terbantut.